STEXTURA
22:08
Assalammualaikum
pembaca Stextura..
Saya ingin memberi dan menjelaskan beberapa info tentang blog Stextura ini.
Stextura ini adalah perkongsian dan pemberitahuan tentang kajian
dalam subjek
TXD 561 : TEXTILE APPRENTICESHIP
yang mengkaji tentang KASUT.
Stextura adalah bukan sekadar ingin berkongsi tentang kajian yang ingin dikaji sahaja,
malah ia menjemput dan mengalu-alukan kedatangan anda semua untuk mengenali
kasut yang terdiri dari semua aspek yang terdiri dari segi keseluruhan penghasilannya.
Stextura juga mengalu-alukan kedatangan perniaga-perniaga yang ingin memperkembangkan perniagaan mereka, dan tidak lupa juga kepada mereka yang ingin memulakan perniagaan.
Dengan kajian ini, dapat membantu anda semua dalam memajukan perniagaan, menambah ilmu pengetahuan mahupun mengenali pekara yang tidak pernah anda tahu.
Dengan itu, saya telah membuat keputusan untuk mengkaji disamping berkonsi kepada anda tentang kasut dan penghasilannya.
TAGeoronnie Shoe Maker SDN BHD adalah syarikat/kilang pembuat kasut yang sedang saya kaji.
Mereka menghasilkan kasut dari mula hingga prosesnya yang terakhir sehingga dibawa ke proses perniagaan/menjual.
TAGeoronnie Shoe Maker SDN BHD mempunyai kualiti yang sangat bagus dan terdiri daripada bumiputra.
Blog Stextura ini ingin memberi tahu mahupun mendedahkan dalam segala pembuatan kasut hingga ke proses penjualan. Kini di Blog Stextura telah berkongsi bersama anda tentang Pengenalan, Komersial dan sekarang masuk kepada Pembuatan dan Pemilihan.
Tajuk Pengenalan adalah menceritakan tentang TAGeoronnie Shoe Maker SDN BHD
dan di dalam
tajuk Pembuatan dan Pemilihan, Blog Stextura telah mulakan dengan pemilihan fabrik dan diikuti dengan pemilihan-pemilihan dan pembuatan-pembuatan yang lain.
Ingin mengenali keseluruhan Stextura bersama TAGeoronnie Shoe Maker SDN BHD ?
Terus ikuti Stextura.blogspot.com
dan juga Instagram : stextura
. steXtura .
0 comments