2.5 Pembuatan dan Pemilihan 'Outsoles'
20:55
Assalammualaikum semua,
Maaf atas kelewatan saya dalam mengemaskini tajuk saya yang seterusnya.
Kini saya ingin terangkan tentang 'outsoles'.
Anda Tahu 'Outsoles' itu apa?
'Outsoles' adalah bahagian bawah setiap kasut yang bersentuhan dengan tanah iaitu dipanggil tapak kasut. Ia bertujuan untuk melindungi kaki dari waktu dingin, kehangatan, permukaan yang tidak sekata, objek tajam dan lain-lain.
Ia mempunyai 3 jenis 'Outsoles' yang telah di kategorikan iaitu ;
Kulit 'Outsoles'
Sumber : www.shoe-tease.com
Sumber : www.softstarshoes.com
Kulit 'Outsoles' ini akan menggelap apabila ia terdedah dengan cahaya matahari. Digunakan pada kasut tarian / kasut tertutup. Penggunaan untuk jangka masa yang lama / setiap hari pembaikan / baik pulih amat memerlukan yang seiring digabungkan dengan lapisan getah.
'Outsoles' getah
Sumber : www.alibaba.com
'Outsoles' getah ini fleksible, tahan cuaca dan ringan. 'Styropor' adalah sejenis tapak yang paling ringan yang sering digunakan pada kasut yang tertutup,
seperti kasut Nike dibawah yang menggunakan 'Styropor'.
Sumber : www.amazon.uk.co
'Outsoles' sintetik
Sumber : www.alibaba.com
'Outsoles' sintetik adalah kurang dari segi ketahanan dan licin. Ia juga fleksibel apabila dipakai.
Kini kita selesai dengan tajuk
Pembuatan dan Pemilihan ;
Bahan-bahan
Akan saya bersambung dengan tajuk
Pembuatan dan Pemilihan ;
Mesin dan Peralatan
.steXtura.
0 comments