PRODUK KAJIAN 1
15:17
Assalammualaikum semua,
Kali ini ingin saya berkongsi tentang kajian kasut saya ini.
Seperti yang saya telah maklumkan, kasut rekaan/kajian yang ingin saya buat ini adalah
berkonsepkan 'egypt', iaitu zaman purba dahulu.
Bahan yang digunakan ketika zaman purba dahulu adalah seperti kulit kayu, besi, rotan, dan kulit.
Dengan ini, saya berminat dengan perbuatan mereka dengan menggunakan bahan besi.
Ingin saya reka kasut yang diperbuat daripada besi dan cuba untuk menyesuaikan pada peredaran zaman sekarang
.
Sekarang saya dah mulakan pembuatan saya yang dimulai dengan membuat/lakaran rekaan kita
melalui acuan kasut.
Balutkan acuan ini dengan 'Paper tape'
kemudian, lakarkan rekaan kita
Rekaan telah pun siap.
dan ia akan menjadi seperti diatas. Rekaan tersebut dilakarkan diatas acuan itu adalah bertujuan agar rekaan kita tepat.
Setelah selesai membuat rekaan tiba masanya untuk kita bentukkan kepingan logam di bentukkan.
Saya menggunakan 'material' stainless steel kerana dengan kekuatannya yang sangat kuat dapat menampung kekuatan kaki ketika berjalan.
Kepingan ini di ketuk mengikut acuan/ 'MOLD' kasut tersebut.
telah saya hadiri beberapa perbincangan bersama EN. WAN iaitu pembuat besi .
Inilah hasilnya,
kepingan stainless steel dan pola yang digunakan.
Pola tersebut akan ditekap pada 'MOLD' tersebut untuk potongan kain nanti.
Nantikan sambung saya. . .
0 comments