2.2 PEMBUATAN DAN PEMILIHAN
04:16Kini kita bersambung . . .
Di TAGeoronnie Shoe Maker SDN BHD mempunyai beberapa jenis kain yang mereka gunakan.
Antaranya adalah ;
- Kulit
- PVC
- PU
- Plastik
- Fabrik
- 'Printed Fabric' dan berbagai lagi.
Kebanyakannya Kilang ini mempunyai hampir semua jenis fabrik yang digunakan daripada bahagian luar dan dalam kasut. Penggunaan/pemilihan fabrik amat penting bagi TAGeoronnie Shoe Maker SDN BHD kerana penyesuaian dan keselesaan bagi setiap kasut amat penting dari segi pengudaraan. dan penyerapan mahupun kelembutan.
Beberapa jenis fabrik yang sempat saya ambil ketika
temu bual
ENCIK JUHARI BIN ABDUL RANI
beliau yang sangat ramah, mudah untuk berinteraksi dan sangat suka berkongsi ilmu.
Beliau telah memberi saya beberapa jenis bahan/fabrik yang mereka sedang gunakan, antaranya ialah
ini adalah beberapa jenis yang telah saya kemaskinikan.
PVC dan PU adalah bahan yang berlainan dan ia mempunyai perbezaan diantara PVC dan PU.
PVC
adalah bahan yang telah dicampurkan menggunakan bahan-bahan lain. Campuran ini adalah kebiasaannya membuat barangan tiruan seperti kulit tiruan. Campuran ini / tiruan ini diasaskan dengan plastik. Jika kita sedar, kulit tiruan mahupun fabrik PVC yang sering kita dengar dan lihat ia bergetah dan melekit kerana ia tidak menyerap kelembapan. Beberapa ruang/liang yang telah di buat bagi ia mempunyai pengudaraan.
PU
adalah bahan yang digunakan pada kulit untuk menambah baik kulit. Kulit mempunyai bahagian permukaan yang pecah mahupun permukaan yang tidak beberapa kukuh, dengan itu, lapisan PU ini di lekatkan pada permukaan kulit supaya kulit ini dapat dikukuhkan diatas permukaannya dan keseluruhannya.
Ini di antara permukaan pada kulit PU.
Selepas ini, akan saya terangkan bahan dari segi Tekstil, 'Poromerics', Getah dan Bahan Campuran.
Nantikan 2.3 Pembuatan dan Pemilihan saya.
0 comments