1.1 PENGENALAN

10:44



Assalammualaikum semua, kini kita kembali dengan 
Pengenalan 1.1 .

mesti anda sudah tertanya-tanya 
Apakah kajian yang sedang saya jalankan?
Kajian saya adalah,

KASUT DAN PEMBUATAN
Kasut Lelaki



Kasut Kanak-Kanak


Kasut Wanita



Saya memilih kajian ini adalah ingin melihat dan mengenali tentang penghasilan, pembuatan dan perincian di setiap kasut. Jika kita lihat, kasut adalah salah satu produk yang sangat terkenal di semua kalangan masyarakat. Keanggunan di setiap rekaan kasut memberi impak kepada si pemakai dan mempunyai tarikannya yang tersendiri.

Kini saya merantau jauh di Johor untuk mengetahui cara dan pembuatan kasut dari segi pelbagai bentuk dan rekaan.




TAGEORONNIE SHOE MAKER
 SDN BHD



TAGeoronnie Shoe Maker SDN BHD ini adalah sebuah perniagaan penghasilan kasut. Dulunya, TAGeoronnie Shoe Maker beroperasi di lot kedai dan kini bermula pada Jun 2014 telah beroperasi di kawasan Industri Taman Puteri Kulaijaya,Johor.

Sebelum saya memulakan pengenalan yang lebih terperinci, ingin saya selitkan tentang perjalanan saya untuk tiba disana. Dari tempat saya ke Taman Puteri Kulaijaya, Johor ambil masa 2 jam 50 minit / 300 km melalui Highway Plus. Hampir 3 jam untuk tiba di lokasi tersebut. Kemudahan seperti R&R dan Perhentian sangat banyak, dengan itu, tidaklah kita perlu bimbang dengan perjalanan yang masih panjang.







Kini saya hampir tiba di lokasi perindustrian Taman Puteri, Kulaijaya, Johor.





Tibanya saya di lokasi kajian, inilah 



TAGEORONNIE SHOE MAKER SDN BHD






Kilang kasut yang sederhana dari segi saiznya tetapi ia sangat berjaya dari segi industri dan perniagaannya.










Ini adalah dari pandangan dalam kilang kasut TAGeoronnie Shoe Maker SDN BHD.

TAGeoronnie Shoe Maker SDN BHD adalah nama yang telah di naik tarafkan ,sebelum ini, TAGeoronnie di kenali sebagai georonnie. Pemilik kilang ini adalah
  • Encik Aizat bin Ahmad
  • Puan Nazira Frijan binti Ali
  • Encik Juhari bin Abdul Rani

Kilang ini bermula dengan sebuah rumah, ditingkatkan dengan memiliki sebuah rumah kedai dan berpindah sekali lagi ke kedai lot yang lebih selesa. Sekian lama memajukan kilang ini selama 2 tahun, kini sekali lagi berpindah ke kilang yang sekarang. Keadaan yang lebih luas dan selesa.

TAGeoronnie Shoe Maker SDN BHD ini beralamat di

NO 1183, 3/3 Jalan Sri Putri,
81000 Kulaijaya, Johor.





TAGeoronnie Shoe Maker SDN BHD menghasilkan pelbagai jenis kasut seperti kasut wanita, kasut lelaki, kasut kanak-kanak, kasut pengantin, sandal, capal, safety boot, slipper dan pelbagai lagi.


TAGeoronnie Shoe Maker juga menerima tempahan borong dan juga tempahan khas. Kepada mereka yang idamkan kasut rekaan sendiri, anda di alu-alukan disini


Ini adalah rekaan yang pernah mereka hasilkan. 












Kualiti kasut dan penggunaan bahan yang sangat baik. Jahitan yang sangat kemas dan memiliki kakitangan yang sangat berpengalaman dan mahir dalam bidang ini.


Dari segi penghasilannya,


Nantikan Pembuatan dan Pemilihan saya.

di tajuk ini akan saya jelaskan segala pembuatannya dan bahan yang digunakan dengan jelas.






                                                                                      .steXtura.



You Might Also Like

0 comments

Popular Posts