PRODUK KAJIAN 2

19:39

Selamat Pagi semua..

Mari kita sambung dengan pembuatan kita..

Saya telah memilih beberapa kain yang ingin saya gunakan dalam membuat kasut ini,
iaitu

'Paris Diamond' fabrik. Fabrik ini mempunyai 'glitter' yang boleh membuatkan kasut saya lebih menarik.



Selain itu, saya juga memilih beberapa kain 'Suede' untuk memberi keselesaan pada kasut di bahagian dalam.











sekarang saya mula memotong kain mengikut pola yang telah dibuat mengikut rekaan saya. Jadi saya teruskan memotong kain dengan kesemua pola yang perlu.








Langkah seterusnya adalah meletakkan gam dan menampal fabrik yg telah kita potong tadi.
Setelah sapukan gam, kita perlulah membiarkan ia 30 minit/1jam. Gam perlu disapukan kedua-dua permukaan yang ingin di lekatkan. Setelah kering, kita lekatkan fabrik bersama dengan besi tersebut.

Sekarang kita berpindah kerja kita ke bahagian membuat tapak.
Tapak kasut di bahagian dalam di panggil 'PAPER SOLES' dan tapak luar di panggil 'SOLES'.

Sekarang, saya memotong fabrik suede yang sangat lembut di permukaannya dan agak sedikit bergetah, ia seperti fabrik baldu.
Fabrik ini memberi keselesaan sepenuhnya pada kaki kita.



saya lakarkan dahulu ruang basi untuk 'Paper Soles' ini.


Setelah itu, gunting kain tersebut dan sapukan gan di permukaannya.


Gam di sapu kedua-dua permukaan iaitu pada 'Paper Soles' dan fabrik.


Setelah ia kering, lekatkan ia bersama. Pastikan keseluruhan permukaannya rata dan kemas.


Selepas itu, sapukan gam dibahagian ruangan basi yang telah di lakarkan tadi.


Setelah gam kering, lipat ruangan basi tersebut dengan kemas.


'Paper Soles' sudah siap.





Mari kita ke langkah seterusnya 
di dalam Tajuk 

PRODUK KAJIAN 3



You Might Also Like

0 comments

Popular Posts