2. PEMBUATAN DAN PEMILIHAN

09:14

Assalammualaikum, selamat malam semua.

Kini ingin saya ceritakan sedikit dalam tajuk
Pembuatan dan Pemilihan .

Sebelum itu, saya ingin terangkan 
objektif tentang tajuk ini,
dalam tajuk pembuatan dan pemilihan akan menerangkan satu persatu semua tentang pembuatan kasut yang terdiri daripada ;

  • Bahan-bahan 
  • Mesin-mesin atau peralatan
  • Jenis jahitan 
Dalam pembuatan kasut kita perlu mengetahui dalam semua segi dan juga faham dalam semua teknik,bahan dan penggunaan lain kerana dalam pembuatan kasut, ia sangat rumit, mungkin kita lihat kasut yang sudah siap yang telah dijual adalah mudah dari segi pembuatannya tetapi tidak. Pembuatan kasut ini sangat memerlukan kesabaran dalam menghasilkannya.

Ingin saya kongsi bersama anda tentang proses-proses mahupun keperluan dalam menghasilkan sebuah kasut.



Pembuatan dan Pemilihan 
2.1.1 Bahan-bahan

 Fabrik

Penggunaan fabrik adalah bahan utama yang digunakan pada kasut, terutama  pada bahagian atas/luar kasut dan dalam kasut iaitu menjadi lapisan kepada kasut.

Fabrik yang digunakan adalah;

Kulit 

- kulit adalah bahan yang paling terkenal dalam pembuatan kasut. Antara kulit yang digunakan adalah 'pigskin', 'hidecow skin, kulit kambing, kulit kuda, kulit lembu, dan kulit reptilia. Kulit juga memiliki jenis kulit yang lembut, mudah menyerap, dan bernafas yang memberi penyesuaian pada setiap kaki individu.


'PIGSKIN'





Sumber: www.pointerfoot.com


Sumber: www.flickr.com



Kulit khinzir mempunyai 2 perbezaan diantara kulit dan polyurethane.
KULIT ;  tiga titik/lubang yang tidak tersusun, tembus ke belakang dan 'slanting'.
 POLYURETHANE; tiga titik/lubang bulat dan tersusun tidak tembus ke belakang dan tegak.




'HIDECOW SKIN'/ KULIT LEMBU






Sumber: www.theworldsbestever.com






KULIT KAMBING






Sumber: www.man-front.com




KULIT KUDA









Sumber: www.aliexpress.com





                                                                                                                                       
KULIT REPTILIA





Sumber: love.from-ia.com



Antara jenis-jenis kulit adalah;

  • Kulit licin  -  mempunyai permukaan yang kilat dan liang yang kecil
  • 'Patent/enamelled leather'- licin dan permukaan yang kilat dengan menggunakan lapisan enamel yang mudah terdedah dengan kerosakan .
  • 'Nubuck' - kulit yang dicampur dengan pasir disebelah rambut. 'Buff Nubuck' adalah satu kategori khas iaitu permukaan yang sangat halus sehingga memberi kesan terhadapnya apabila disentuh.
  • 'Suede' - kulit yang dicampur pasir disebelah daging, tidak tahan berbanding dengan 'Nubuck' dan mempunyai permukaan yang berbulu.
Ini antara jenis fabrik kulit dan dari segi kekuatannya. Dengan itu, fabrik lain seperti PVC,POROMERICS,TEKSTIL dan lain-lain 

Akan Bersambung di dalam tajuk



                                                                                                                     .steXtura.




You Might Also Like

0 comments

Popular Posts